Mengerjakan ibadah umrah dengan bayar ansuran merupakan salah satu cara yang boleh di guna pakai untuk menunaikan hajat anda.
Dengan situasi ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang ini, pembayaran secara ansuran boleh meringankan beban buat anda yang susah menyimpan duit tetapi ingin menunaikan ibadah umrah.
Walau bagaimana pun, ramai orang mempersoalkan mengenai hukum konsep mengerjakan haji ataupun umrah secara ansuran ini.
Menurut pandangan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, hukum mengerjakan ibadah haji ataupun umrah secara berhutang adalah dibolehkan menurut pandangan ulama.
Hal ini dibolehkan jika pembayaran secara ansuran tidak melibatkan riba dan anda mampu untuk membayar secara bulanan.
Jika anda berminat untuk mengerjakan umrah secara ansuran, ini adalah caranya:
1. Membuat Tempahan
Anda perlu memilih tarikh yang dikehendaki mengikut kesesuaian masa dan harga pakej.
Setelah anda memilih pakej yang telah disediakan, anda boleh membuat pendaftaran.
2. Pembayaran Deposit
Bagi memastikan tempat anda untuk tarikh yang telh dipilih, anda perlu membuat bayaran deposit seawal mungkin.
Proses tempahan tarikh yang telah dipilih akan bermula setelah anda melakukan bayaran deposit.
3. Penyediaan Dokumen
Setelah pengesahan bayaran deposit dan pemilihan tarikh selesai, anda boleh mula menyediakan dokumen dokumen penting untuk mengerjakan umrah.
Antara dokumen yang diperlukan adalah passport antarabangsa yang tempoh sah laku 7 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 muka surat kosong.
Selain itu, 4 keping gambar bersaiz 4 x 6 cm berlatar belakangkan warna putih untuk penyediaan visa.
Dokumen seperti buku suntikan Meningitis ACYW135 dan sijil kahwin yang sudah di buat “certified true copy”.
4. Baki Bayaran
Untuk baki pembayaran, anda perlu melunaskan selewat-lewatnya sebelum berangkat.
doa nabi ayyub sembuh penyakit
5. Penyerahan Dokumen
Setelah selesai semua urusan, anda boleh membuat penyerahan dokumen secara online ataupun offline.
Jika secara online, anda boleh menggunakan whatsapp atau email dan secara offline pula, anda perlu menyerahkan dokumen tersebut di pejabat atau pun secara pos.