Miqat bermaksud ketentuan masa (miqat zamani) atau tempat (miqat zamani) untuk berniat ihram umrah (al-Kaf 2003). Miqat zamani umrah iaitu masa untuk melakukan umrah telah dijelaskan di bawah tajuk ”Waktu Melakukan Umrah”
.
Manakala miqat makani umrah ialah tempat yang telah ditentukan syarak untuk berniat ihram. Miqat-miqat tersebut adalah seperti berikut :
.
- Zu al-Hulayfah/ Abyar Ali/Bir Ali (450KM ke Makkah); Bagi penduduk Madinah dan jemaah negara lain yang datang dari arah Madinah seperti jemaah Malaysia yang masuk ke Madinah terlebih dahulu sebelum memasuki Makkah.
- Al-Juhfah (187KM ke Makkah); Bagi jemaah yang datang dari Mesir, Maghribi dan Syam.Pada masa kini jemaah berniat di suatu tempat sebelum Al-Juhfah bernama Rabigh.
- Yalamlam (89KM ke Makkah); Bagi jemaah yang datang dari arah Yaman.
- Qarn al-Manazil (94KM ke Makkah); Bagi jemaah yang datang dari arah Najd seperti jemaah Malaysia yang menaiki kapal terbang dan terus masuk ke Makkah selepas kapal terbang mendarat di Jeddah.
- Zat ‘Irq (94KM ke Makkah); bagi jemaah yang datang dari arah Iraq, Iran dan lain-lain.
=====
Klik Di Sini Untuk Join Telegram
Klik Di Sini Untuk Join Telegram
Klik Di Sini Untuk Join Telegram