Setiap kali cuti sekolah hujung tahun, ramai di antara kita yang buat umrah.
Rupa-rupanya cuaca pada bulan 12 ni masih lagi sejuk.
Ada yang sampai pecah tapak kaki dan berdarah hidung disebabkan cuaca yang sejuk.
Ibadah umrah ini merupakan alternatif untuk mereka yang belum berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji.
dapatkan 5 tips kewangan untuk menjamin kos umrah
Diwajibkan Walaupun Sekali (Jika Mampu)
Sekiranya mempunyai duit lebih, ada baiknya untuk kita mengerjakan umrah walaupun hanya sekali.
Hal ini kerana ibadah umrah adalah diwajibkan kepada mereka yang berkemampuan.
Manakala, ianya disunatkan bagi mereka yang mempunyai kecukupan dan kemampuan lebih, untuk mengulangi ibadah haji dan umrah pada tahun-tahun berikutnya.
Penghapusan Dosa
Mereka yang mempunyai masa untuk buat umrah juga dapat ganjaran penghapusan dosa sebagaimana Rasulallah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur dosa di antara keduanya.
Sedangkan haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga.” (Riwayat Al-Bukhari)
Pahala Dan Ganjaran Berlipatkaliganda
Selain daripada penghapusan dosa, mereka yang berkemampuan untuk buat umrah juga akan diberi ganjaran pahala dan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Abi Suhail mendengar Abu Huraurah RA mengatakan bahawa sabda Rasulallah SAW pada tahun Haji Wada’ di Mekah, ”Semua permintaan para tetamu Allah SWT akan dipenuhi dan dimakbulkan doa yang dihajati serta memberi ganti kepada mereka atas apa yang mereka belanjakan dan melipat gandakan satu dirham menjadi sejuta dirham.”
Air Zamzam Tanpa Had
Air zam zam ni merupakan sebaik-baik air di muka bumi. Ianya penghulu kepada semua air.
Pernah diceritakan oleh seorang sahabat yang mengerjakan umrah, suatu hari, beliau terlewat untuk sarapan, jadi beliau terus bergerak untuk mengerjakan umrah.
Sesampai waktu saei, beliau hampir pitam akibat daripada kekurangan gula dalam badan, beliau terus mencapai air zamzam di sepanjang Masjidil Haram bagi mengalas perut dan boleh meneruskan ibadah saei dengan baik.
doa nabi sulaiman memohon kekayaan
Membantu Dalam Pembangunan Rutin Baru Yang Lebih Sihat
Kebiasaannya ibadah umrah mampu mendidik Jemaah untuk menjadi lebih baik.
Sepanjang ibadah umrah dijalankan, kita akan sibuk dengan ibadah secara berjemaah seperti menziarah, solat berjemaah, mengaji al-Quran dan kita tidak akan sempat untuk membuat perkara yang tidak berfaedah seperti bermain telefon, merokok dan melepak.
Ianya bukan sahaja baik untuk meningkatkan kualiti hidup, malah membantu dalam perkembangan rutin harian kita.