8 Persiapan diri sebelum melakukan ibadah umrah

Teruja betul sang ibu bila mendapat kelulusan visa untuk menunaikan ibadah umrah pada hujung tahun ni.

Dari hari pertama dapat keputusan, banyak yang ditanya oleh ibu mengenai persiapan diri.

Sambil-sambil kita buat kajian sikit, kita kumpulkan kat satu artikel ni ya.

Jadi, bakal jemaah umrah boleh singgah baca untuk persiapan sebelum berangkat untuk melakukan ibadah umrah okay.

 

Aktiviti Fizikal

Umum mengetahui bahawa ibadah umrah merupakan ibadah yang banyak menggunakan pergerakan.

Jadi, kesihatan fizikal hendaklah dititikberatkan.

Sekiranya mampu, kita boleh cuba menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal seperti berjoging, berjalan dan berlari-lari anak untuk menguatkan otot kaki.

 

larangan dalam ihram umrah

 

Kesihatan Tubuh Badan

Kesihatan tubuh badan amat penting. Mereka yang mempunyai ubat-ubatan harian, seperti ubat kencing manis atau darah tinggi, hendaklah membawa ubat secukupnya.

Walaupun semasa umrah, kita masih boleh ke hospital untuk rawatan, alangkah baiknya sekiranya kita dapat menggunakan masa tersebut untuk beribadah.

 

Melatih Diri Untuk Berjemaah Di Masjid

Masjid tidak asing lagi dengan muslim. Awal-awal lagi kita perlu melatih diri untuk solat berjemaah di masjid.

Terdapat banyak kebaikan bila solat berjemaah di masjid ni antaranya dapat mendisiplinkan diri untuk menepati masa.

Sebenarnya, solat berjemaah di masjid ni boleh di latih sejak kecil lagi. Ibu bapa boleh membiasakan diri dengan membawa anak-anak ke masjid agar perasaan cinta akan solat berjemaah itu dapat dipupuk.

 

Memperbanyakkan Membaca Al-Quran

Al-quran itu mukjizat yang paling agung. Pahala membaca ayat suci al-quran ini bukan dikira setelah habis satu ayat, tetapi ganjaran untuk setiap huruf itu 10 pahala.

Kebiasaannya, mutawwif akan menasihati kita untuk membaca ayat-ayat suci al-quran yang dihafaz ketika tawaf. Ianya untuk memastikan kita khusyuk ketika tawaf.

 

ibadah umrah

Amalkan Solat Sunat

Setiap kali selepas solat fardhu, kita boleh mengamalkan solat sunat. Besar ganjaran orang yang mengamalkan solat sunat ni.

Tahukah anda, kebiasaannya selepas solat fardhu, penduduk di Mekah dan Madinah akan solat sunat jenazah terus.

Jadi, kerapkan solat sunat sebelum menunaikan umrah agar kita tidak rasa terbeban untuk melakukannya sewaktu di sana.

 

Membaca Buku Berkenaan Umrah

Sekiranya ini merupakan kali pertama mengerjakan umrah, digalakkan untuk membaca buku yang berkaitan dengan umrah.

Kebanyakan buku akan menceritakan pengalaman semasa mengerjakan umrah, sirah-sirah di tempat-tempat ziarah, amalan-amalan yang boleh diamalkan sebelum, semasa dan selepas menunaikan umrah dan lain-lain.

 

Keperluan Umrah

Umrah dan haji sinonim dengan warna putih. Bakal Jemaah wanita digalakkan untuk menyediakan pakaian yang berwarna putih yang membawa maksud kesucian.

Namun, ianya tidak menjadi masalah sekiranya ingin menggunakan warna yang berbeza.

Selain dari segi pemakaian, keperluan umrah lain seperti dokumen-dokumen, beg untuk membawa barangan peribadi dan sebagainya.

 

hukum hantar makanan non halal

 

Sedekah

Kita digalakkan untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Lebih-lebih lagi, kepada ahli keluarga terdekat.

Hadis Riwayat Muslim : Tidak berkurang harta orang yang bersedekah. Jadi, tidak perlu risau mengenai harta sekiranya kita bersedekah kepada orang lain.

Amalan ini akan membantu kita untuk hidup secara sederhana kerana dalam rezeki kita terdapat rezeki orang lain juga.

Berikut merupakan antara persiapan diri yang boleh dilakukan oleh bakal Jemaah umrah. Semoga ianya menjadi amalan, bukan hanya disebabkan kita mengerjakan umrah malah menjadi amalan dan rutin kehidupan harian kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *