SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN PERKHIDMATAN UMRAH
- Pelanggan perlu menghubungi Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapat maklumat lengkap mengenai pakej tersebut
- Semasa mendaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad/Triple/Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan perlu mendatangkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
- Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM 1000.00 (minimum). Bayaran penuh perlu dijelaskan 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket.
- Pembayaran boleh dibuat melalui wang tunai, perbankan atas talian atau cek di atas nama Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd melalui nombor akaun Hong Leong Bank : 38100066018 atau Hejira Empire melalui nombor akaun Maybank : 555108348277. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
- Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi
- Aturcara perjalanan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.
- Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi NUSUK. Aplikasi ini wajib dimuat turun dan didaftarkan untuk kegunaan semasa berada di Arab Saudi.
- Setelah pengesahan umrah dibuat, sebarang perubahan kepada tempahan yang dipohon oleh pelanggan akan dikenakan caj pindaan RM300.00 seorang bagi setiap kos-kos yang terlibat kerana pindaan. Tiada perubahan yang boleh dibuat dalam masa 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
- Pihak Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian bagi apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau Arab Saudi.
- Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat sekiranya pelanggan tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam pakej atas sebab peribadi.
- Semua pelanggan perlu mengikuti tempoh hari mengikut pakej yang diambil dan tidak dibenarkan untuk memanjangkan atau memendekkan tempoh tinggal di Arab Saudi.
- Harga yang ditunjukkan adalah harga semasa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikan pada kos penerbangan, kos hotel, kos pengangkutan, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan Malaysia dan Arab Saudi. Pihak Hejira Travel & Tours berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikkan harga kos semasa melalui notis makluman.
- Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan pihak Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
- Pihak Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menarik balik sebarang tempahan dan jadual perjalanan, atau enggan menerima seseorang menjadi pelanggan sekiranya dia didapati membahayakan keselamatan atau kesihatan atau mengganggu keselesaan dan keseronokan pelanggan lain dalam sesebuah kumpulan.
- Pihak Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd berhak untuk menolak, meminda, mengubah, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- PERMOHONAN VISA PELANCONGAN (tertakluk kepada kelulusan dan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.
• Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di Kawasan Asia Tenggara.
• Pelanggan 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan di bawah umur 18 tahun ke bawah boleh memohon bersama penjaga.
• Visa ini sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenarkan tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari) dan visa ini adalah kemasukan berulang (multiple-entry).
• Harga bagi visa ini adalah termasuk dengan pelan insuran Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
• Pihak Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd tidak akan dipertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi. - PERMOHONAN VISA UMRAH (tertakluk kepada kelulusan dan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.
• Visa ini hanya akan digunapakai kepada warganegara selain Malaysia, Singapura dan Brunei, atau mereka yang memerlukan dan tertakluk atas faktor-faktor tertentu yang akan dinilai oleh pihak Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd.
• Pelanggan lelaki di bawah umur 18 tahun serta pelanggan wanita di bawah umur 45 tahun perlu kepada mahram.
• Pelanggan perlu mengemukakan salinan dokumen mahram yang disahkan oleh Jabatan Kerajaan berkaitan.
• Visa dah digunapakai dalam tempoh 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempoh maksima tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali (single-entry). Harga visa termasuk dengan pelan insuran Covid-19 yang diwajibkan oleh Arab Saudi.
• Pihak Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi. - Penginapan, makan dan minum serta pengangkutan di Arab Saudi termasuk cukai sebagaimana yang dinyatakan di dalam pakej.
- Tempat lawatan seperti yang dinyatakan di dalam pakej (tertakluk kepada perubahan semasa atau kebenaran dan SOP oleh kerajaan Arab Saudi).
- Barang hadiah atau apa-apa aksesori seperti yang dinyatakan di dalam pakej.
- Air Zam-zam (tertakluk kepada kebenaran semasa oleh pihak Arab Saudi)
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Kos perubatan, ubat-ubatan, wad dan kuarantin di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi atau melebihi perlindungan insurans.
- Perkhidmatan porter atau khidmat tambahan lain di lapangan terbang atau di Arab Saudi yang tidak dinyatakan di dalam pakej.
- Penggantian barang peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan caj lebihan timbangan bagasi.
- Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan di dalam pakej.
- Makan dan minum yang tidak dinyatakan di dalam pakej.
PEMBATALAN OLEH PELANGGAN
- Pelanggan yang berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
- Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi atau jabatan sokongan (sekiranya ada) atas nama Pengarah Hejira travel & Tours Holding Sdn Bhd bagi mengelakkan salah faham.
- Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari bekerja sebelum Tarikh penerbangan akan dikenakan caj RM300.00 seorang atau 15% dari harga pakej mengikut mana yang lebih tinggi.
- Pembatalan dalam tempoh 36-44 hari bekerja sebelum Tarikh penerbangan akan dikenakan caj 35% dari harga pakej.
- Pembatalan dalam tempoh 16-35 hari bekerja sebelum Tarikh penerbangan akan dikenakan caj 50% dari harga pakej.
- Pembatalan dalam tempoh 8-15 hari bekerja sebelum Tarikh penerbangan akan dikenakan caj 75% dari harga pakej.
- Pembatalan dalam tempoh 7 hari bekerja atau kurang sebelum Tarikh penerbangan akan dikenakan caj 100% dari harga pakej.
- Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan oleh pihak Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd.
PEMBATALAN DISEBABKAN FAKTOR LUAR KAWALAN SYARIKAT
- . Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej umrah jika berlaku keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemic, bencana alam, perang, mogok dan rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
- Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd akan mengesyorkan tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej umrah yang ditempah oleh pelanggan.
- Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj seperti berikut : Caj RM300.00 atau 15% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk ; apa-apa caj penalty yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau ; sebarang bayaran yang telah dibayar oleh pihak Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga.
- Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada mana-mana syarat yang ditetapkan oleh Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd.