Pautan lain
SOALAN LAZIM
Jawapan:
- Pelanggan perlu memenuhi syarat iaitu telah lengkap divaksin sebelum membuat pendaftaran.
- Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna untuk digunakan di Arab Saudi.
- Passport perlu dipastikan masih belum luput tarikh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan.
- Menyediakan dokumen lengkap seperti yang tertera di dalam Borang Pendaftaran yang diberikan.
- Pelanggan diwajibkan mencarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika permohonan visa umrah atau visa pelancong.
- Memastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan baik sehingga ke tarikh hari penerbangan.
Jawapan:
Buat masa sekarang vaksin berikut sahaja yang diiktiraf dan diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi:
- 2 dos vaksin Pfizer-BioNTech / Comirnaty, telah melepasi 14 hari suntikan dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum pengesahan pendaftaran perjalanan umrah.
- 2 dos vaksin Oxford-AstraZeneca / Covishield / SK Bioscience / Vaxzevria, telah melepasi 14 hari suntikan dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum pengesahan pendaftaran perjalanan umrah.
- 2 dos vaksin Moderna / Spikevax, telah melepasi 14 hari suntikan dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum pengesahan pendaftaran perjalanan umrah.
- 1 dos vaksin Johnson & Johnson, telah melepasi 28 hari suntikan dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum pengesahan pendaftaran perjalanan umrah.
- 2 dos vaksin Sinovac / Coronavac, telah melepasi 14 hari suntikan dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum pengesahan pendaftaran perjalanan umrah.
- 2 dos vaksin Sinopharm / Covilo, telah melepasi 14 hari suntikan dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum pengesahan pendaftaran perjalanan umrah.
- Pelanggan perlu menyediakan sijil vaksinisasi rasmi yang diperolehi melalui aplikasi MySejahtera dan menyerahkan kepada wakil syarikat. Sijil tersebut perlu dibawa untuk semakan di lapangan terbang.
- Pihak syarikat akan mendaftarkan pengesahan vaksinisasi pelanggan melalui laman web Muqeem dalam masa 72 jam sebelum penerbangan. Sijil pengesahan tersebut perlu dibawa untuk semakan di lapangan terbang.
Jawapan:
Ya, pelanggan perlu melakukan ujian RT-PCR Covid-19 sendiri di tempat dan negeri masing-masing dalam masa 48 jam sebelum penerbangan ke Arab Saudi dan perlu mendapatkan keputusan negatif. Keputusan ujian RT-PCR Covid-19 perlu diserahkan kepada pihak syarikat. Kos ujian RT-PCR Covid-19 ini perlu ditanggung pelanggan.
- Bagi pelanggan yang memperolehi keputusan ujian yang negatif sahaja dibenarkan untuk menaiki kapal terbang dan meneruskan perjalanan.
- Bagi pelanggan yang memperolehi keputusan positif, mereka tidak dibenarkan menyertai perjalanan umrah dan penjadualan semula penerbangan akan dilakukan (tertakluk kepada kebenaran dan SOP semasa Saudi Airlines / syarikat penerbangan).
Jawapan:
Semua pelanggan yang berdaftar akan dicarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika memohon Visa Umrah / Visa Pelancong. Caruman ini telah termasuk di dalam pakej. Insurans ini berkuatkuasa selama sebulan dari hari ketibaan di Arab Saudi.
Sekiranya pelanggan ingin mengambil perlindungan tambahan lain, pihak syarikat amat menggalakkan berbuat demikian.
Jawapan:
Kos kuarantin bagi pelanggan yang positif Covid-19 akan dilindungi oleh insurans yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi seperti berikut:
- Kos kuarantin SR450 sehari bagi seorang pelanggan selama 14 hari.
- Makan 3 kali sehari ketika kuarantin.
- Kos hospital dan kuarantin yang melebihi perlindungan ini perlu ditanggung oleh pelanggan.
Jawapan :
Terdapat 2 jenis visa yang boleh digunapakai iaitu Visa Umrah dan Visa Pelancong.
VISA PELANCONG | VISA UMRAH |
i) Tiada had umur | i) Had umur bermula 18 tahun ke atas (mengikut SOP semasa Kerajaan Arab Saudi) |
ii) Kelonggaran isu mahram | ii) Mahram perlu kepada dokumentasi lengkap |
iii) Tempahan Hotel dan Kenderaan TIDAK diperlukan semasa permohonan visa dilakukan | iii) Tempahan Hotel dan Kederaan PERLU dilakukan ketika permohonan Visa Umrah |
iv) Tempoh sah Visa adalah selama Setahun | iv) Tempoh sah Visa Umrah hanya 30 hari |
v) Kemasukan berulang (Multiple Entry) | v) Kemasukan sekali sahaja (Single Entry) |
vi) Boleh tinggal selama 90 hari | vi) Hanya boleh tinggal selama 30 hari |
vii) Dilindungi insurans Covid-19 | vii) Dilindungi insurans Covid-19 |
Jawapan :
Umur 12 tahun ke atas untuk pengguna Visa Pelancong dan pengguna Visa Umrah had umur yang ditetapkan bermula 18 tahun dan ke atas sahaja.
Jawapan :
Kos ujian RT-PCR Covid-19 di Malaysia tidak disertakan di dalam pakej ini manakala kos ujian RT-PCR Covid-19 di Arab Saudi telah disertakan di dalam pakej. Anggaran kos ujian RT-PCR Covid-19 di Malaysia adalah RM160-300.
Jawapan :
Kami merancang untuk buat program kursus bersama Pembimbing Umrah berskala besar dalam bulan Disember ini bagi menampung jemaah di seluruh Malaysia. Kursus umrah berskala kecil pun tetap ada mengikut negeri dan akan dikemaskini dari masa ke semasa kepada semua jemaah yang telah mendaftar.
Jawapan :
Ya, InsyaAllah setakat hari ni, kami masih menggunakan syarikat penerbangan Saudi Airlines. Sekiranya bertukar, pihak syarikat akan memilih perkhidmatan penerbangan terus yang lain.
Jawapan :
Simkad boleh dibeli di tempat jualan simkad yang akan ditentukan oleh Pembimbing Umrah untuk memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna setelah tiba di Jeddah kelak. Pelanggan disyorkan untuk menyelesaikan urusan pengaktifan akaun aplikasi Tawakkalna dalam masa 8 jam selepas tiba di Arab Saudi.
Jawapan:
- Tawakkalna adalah aplikasi memantau kesihatan dan pergerakan pelanggan untuk memasuki masjid dan premis (seperti MySejahtera di Malaysia)
- Eatmarna adalah aplikasi untuk memohon permit menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW.
- Pendaftaran untuk kedua-dua aplikasi ini hanya boleh menggunakan nombor telefon Arab Saudi sahaja.
Jawapan :
- Permohonan permit bagi slot untuk menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW perlu dilakukan menggunakan applikasi Eatmarna. Slot tempahan tertakluk kepada kekosongan semasa. Sebarang pembatalan slot hendaklah dilakukan 4 jam sebelumnya.
- Ibadah Tawaf Wada’ (selamat tinggal), tawaf sunat dan iktikaf di masjid tidak dibenarkan mengikut SOP kerajaan Arab Saudi buat masa ini. Sebarang perubahan hanya tertakluk kepada keputusan kerajaan Arab Saudi.