Elakkan ditipu, ini langkah keselamatan yang perlu anda ambil

langkah keselamatan

Semua bakal jemaah umrah akan merasa keterujaan untuk menjalani ibadat umrah, namun, jangan lupa untuk menitikberatkan langkah keselamatan seperti yang akan dikongsikan dalam artikel ini.

Kerap kali kita mendengar berita mengenai penipuan agensi umrah.

Tetapi, masih ramai yang masih terpedaya dengan penipuan ini. Sudahlah kos untuk menunaikan umrah bukannya sedikit. Diperdaya hidup-hidup pula oleh mereka yang tidak ada hati perut.

Jadi, cuba amalkan beberapa langkah ini untuk memastikan kita dapat menunaikan umrah dengan tenang.

 

8 persiapan diri sebelum melakukan ibadah umrah

 

Pastikan Agensi Pelancongan Berlesen

Kebiasaannya kalau kita melancong, kita akan menggunakan agensi pelancongan. Ianya akan memudahkan perjalanan kita yang mana kita hanya perlu menyediakan pakaian sahaja.

Semua urusan lain termasuk penginapan, pengangkutan dan lain-lain akan diuruskan oleh pihak pelancongan. Sebagai langkah keselamatan, kita hendaklah memastikan yang agensi pelancongan umrah ini berlesen atau berdaftar. Hal ini dapat mengelakkan kita dari ditipu.

 

langkah keselamatan

Kos Pakej Umrah Yang Masuk Akal

Selain daripada itu, kita hendaklah memastikan yang pakej-pakej umrah ni logik dan relevan. Ramai yang berimpian untuk menunaikan umrah terpedaya dengan pakej-pakej yang murah.

Keterujaan ini boleh jadi salah satu sebab yang menyebabkan mereka terlepas pandang terhadap banyak isu khususnya penipuan pakej umrah. Namun, jangan pula terlalu percaya dengan pakej yang menawarkan harga yang agak tinggi.

 

Individu Belakang Tabir Syarikat

Bagi mengelakkan dari ditipu, bakal Jemaah boleh cuba menyiasat individu di sebalik tabir syarikat agensi pelancongan umrah. Apa jua perniagaan sekarang akan menggunakan orang ternama sebagai duta.

Ianya merupakan salah satu strategi untuk meningkatkan pemasaran agensi.

Umum mengetahui bahawa, mereka yang mempunyai nama tidak akan merosakkan nama baik mereka.

Jadi, mereka akan terlebih dahulu menyelidik latar belakang agensi yang akan mereka bekerjasama. Kebarangkalian untuk ditipu oleh agensi pelancongan umrah adalah sangat kecil.

 

manusia yang bermanfaat adalah sebaik baik manusia

 

Testimoni Pelanggan

Orang yang suka ‘shopping online’ akan menggunakan langkah keselamatan dengan mengkaji maklum balas pelanggan terlebih dahulu.

Dengan teknologi di hujung jari kini, mudah untuk kita mengakses testimoni pelanggan sesuatu produk atau perkhidmatan. Sekiranya banyak testimoni atau maklum balas yang tidak baik, maka lebih baik untuk kita buat pilihan lain.

Buat mereka yang bercadang untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat, semoga langkah keselamatan ini dapat dimanfaatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *