Kerjaya sebagai mutawif wanita semakin dicari, daftar sekarang!

mutawif wanita

Jika dahulu kesemua mutawif yang mengikuti rombongan ke tanah suci hanyalah seorang lelaki, tetapi kini mutawif wanita yang semakin dicari.

 

Hal ini kerana kini, telah ramai wanita menyertai pakej mengerjakan umrah bersama mahramNya jadi, kewujudan mutawif wanita ini akan dapat memudahkan urusan para jemaah wanita.

 

Segala pertanyaan, pendapat atau persoalan akan dapat diajukan kepada mutawif wanita ini dengan lebih selesa. Jadi tiada isu salah faham yang bakal terjadi.

mutawif wanita

hukum hantar makanan non halal

Usaha melahirkan golongan muda sebagai mutawif semakin menjadi isu hangat dalam kalangan agensi pelancongan umrah masa kini. Selain dapat memudahkan urusan jemaah umrah, tindakan dan situasi ini juga dapat memberi peluang kepada generasi baru untuk memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik.

 

Jika sebelum ini golongan lelaki yang lebih ramai mendominasi tugas sebagai mutawif, namun kehadiran mutawif wanita juga tidak kurang pentingnya bagi mengendalikan dan membantu jemaah wanita menunaikan ibadah ini.

Jadi kepada para wanita sekalian, jangan segan silu untuk mendaftarkan diri menjadi mutawif wanita bertauliah bersama kami. Antara kelebihan tersirat yang tidak terlihat umum adalah:-

 

1. Dapat membina dan mempelajari akhlak Rasulullah serta sirah nabawi di Makkah dan Madinah.

Sebelum membawa jemaah, sudah pasti anda perlu mengetahui dan mahir terhadap selok belok tempat dan kisah yang terkait di kawasan tanah suci. Jadi secara tidak langsung, anda dapat mempelajari dan menghayati sirah Nabi dengan lebih mendalam.

 

berniat ihram umrah

 

2. Dapat menyeimbangkan kehidupan antara dunia dan akhirat.

Dalam pada kita sibuk mencari rezeki, kerja yang dilakukan juga akan mengingatkan kita kepada agam serta ketaatan kepada Allah serta pengikutNya. Jadi dalam masa yang sama, kita dapat menyeimbangkan kehidupan antara dunia dan akhirat.

 

3. Dapat menimba pengalaman menguruskan jenazah.

Situasi jemaah yang pergi menghadap Ilahi di sana pasti menjadi kerisauan para mutawif. Namun, ia juga adalah pengalaman baru buat mutawif dalam menjalankan ibadah serta ketaan kepadaNya.

 

4. Berpeluang mengerjakan umrah berulang kali sebagai

Selain bekerja, anda juga dapat menunaikan umrah berpulang kali tanpa perlu mengeluarkan kos kewangan. Jadi, ia adalah sesuatu yang sangat diimpikan oleh setiap yang beragama Islam.

mutawif wanita

manusia yang bermanfaat adalah sebaik baik manusia

 

5. Berpotensi mendapat pendapatan yang diberkati Allah.

Pergi ke umrah dan haji adalah sesuatu yang sangat baik dalam Islam dan merupakan rukun kelima dalam rukun Islam. Jadi, pasti sahaja anda memperoleh kelebihan dan keberkatan daripadanya. Sebagai mutawif, in Shaa Allah pasti anda juga mendapat saham atas kebaikan para jemaah di sana.

 

6. Dapat berkenalan dan bersilaturrahim dengan jemaah baru.

Bayangkan saja berapa banyak trip yang perlu anda bawa sepanjang tempoh bekerja? Dan setiap trip itu terdiri daripada jemaah yang berbeza-beza. Jadi, sudah berapa ramai kenalan dan silaturrahim yang telah tercipta? Banyak, bukan?

Kesimpulannya, kini bukan hanya mutawif lelaki yang dicari-cari tetapi juga mutawif wanita yang turut dapat membantu para jemaah wanita. Justeru, batas pergaulan antara lelaki dan wanita juga turut dapat dielakkan.

Untuk mendapatkan pakej Umrah yang terbaik, boleh terus menghubungi kami atau layari laman sesawang kami di www.hejiratravel.com.

27 thoughts on “Kerjaya sebagai mutawif wanita semakin dicari, daftar sekarang!

  1. Farah Najihah binti Mohd Yussof says:

    Assalamualaikum,saya nak bertanya ada kekosongan jawatan tak untuk pembantu mutawifah wanita ataupun untuk menjadi mutawwifah?

  2. Zubaidah Ishak says:

    Saya ingin menjadi mutawiffah dan saya mempunyai sijil Professional Haji/Umrah dari AMTC. sila hubungi saya – 0122036878

  3. Yeni says:

    assalammualaikum ,
    saya pengalaman bekerja sebagai HSE ( Health Safety and Environment ) di Perusahaan Manufacture ( PMA ) .
    saat umroh saya sangat tertarik untuk jadi muthoif karena selain membimbing jamaah juga harus sangat peduli serta siaga 24 jam .
    dengan basic saya sebagai HSE yang juga menjaga konsen akan keselamatan para pekerja dan siap dalam kondisi darurat , insa allah saya ingin bisa memberikan rasa aman pada jamaah . semoga bisa berksempatan untuk mengais pahala

  4. Effa Darham says:

    Assalamualaikum, saya berusia 54 tahun, ibu tunggal. Saya pernah menunaikan Umrah 2 kali. Kekadang menjadi tempat rakan² atau jemaah baru bertanyakan soalan soalan basic, terutama tentang masalah wanita dan saya berminat sangat nak menjadi mutawiffah dan menimba seberapa byk ilmu yang saya mampu.

    Bagaimana caranya dan berapa harga yuran yang perlu saya sediakan sekiranya saya diterima
    supaya dapat saya usahakan demi memenuhi impian saya.

    Harap pihak tuan/puan dapat membantu.

    Terimakasih

  5. Danial Asyraf says:

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya tentang kursus Mutawif Wanita untuk ibu saya (Noraini Binti Sulaiman/6019-2070556). Ibu saya berminat untuk menjadi seorang Mutawif 🙂

    Harap dapat bantu ibu saya.

  6. NORULHASMIM BINTI MD SHUIB says:

    Saya teringin menjadi salah seorang mutawwifah. Bagaimanakah caranya Dan apa syarat-syarat untuk menjadi seorang mutawwifah?

  7. NOOR JALILAH says:

    Assalamualaikum,saya nak bertanya ada kekosongan jawatan tak untuk pembantu mutawifah wanita ataupun untuk menjadi mutawwifah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *