Menunaikan umrah merupakan salah satu ibadat yang sangat penting bagi umat Islam. Baik dari sudut sejarah dan sirah, ianya dapat mengingatkan kita kepada sejarah Islam.
Dalam ibadat umrah, banyak tempat yang akan diziarahi dan ianya adalah merupakan tempat-tempat yang penting semasa zaman perkembangan Islam pada 1400 tahun yang lepas.
Kita yang hidup di zaman yang serba moden ini, maklumat di hujung jari dan boleh melihat melalui atas talian berkenaan tempat-tempat yang menjadi sejarah Islam ini.
8 persiapan diri sebelum melakukan umrah
Dan juga, melalui ibadat umrah, kita dapat menyaksikan dengan mata kasar situasi dan suasana sebenar tempat-tempat tersebut. Secara langsung, ianya dapat mengingatkan kita berkenaan perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Islam bersama para sahabat baginda.
Umum maklum bahawa semasa ibadat umrah, ramai orang dari serata dunia datang ke kota suci Mekah. Apabila ramai manusia pada sesuatu tempat, maka kita dapat melihat kepelbagaian ragam dan tingkah laku.
Walaupun ianya di tanah suci, umat Islam perlu berhati-hati sepanjang berada di sana untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sekaligus, dapat menjadikan ibadat umrah itu salah satu memori terindah dalam hidup kita.
Jom kita lihat tips-tips yang dapat dilakukan semasa di tanah suci sewaktu menunaikan umrah :
Sediakan Tag Beg
Tag beg sangat penting untuk rujukan kita dan juga orang lain. Kejadian kehilangan beg di tanah suci boleh berlaku sekiranya beg tidak ditanda dan diletakkan dengan betul.
Sekiranya bergerak dalam kelompok yang besar, tag beg dapat memudahkan urusan semasa pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dengan mempunyai tag dan maklumat untuk dihubungi pada beg, berkemungkinan risiko kejadian kehilangan beg dapat dikurangkan.
Letakkan Barang-Barang Berharga Dalam Satu Tempat
Ini juga merupakan salah satu tips yang penting semasa menunaikan umrah di tanah suci. Antara barang berharga yang perlu diambil berat oleh jemaah haji ialah passport, wang ringgit, visa dan dokumen-dokumen penting yang lain.
Sediakan satu beg kecil ubtuk mengisi barang-barang tersebut dan sentiasa membawanya kemana-mana sahaja.
Sediakan Alatan Kebersihan Diri (Termasuklah Sanitizer Dan Ubatan)
Jemaah umrah adalah terdiri daripada pelbagai kelompok manusia yang berasal dari pelbagai negara di dunia. Ada kemungkinan jangkitan virus boleh berlaku dan begitu juga jangkitan bakteria.
Sediakan sanitizer ataupun cecair pembasmi kuman untuk kekalkan diri agar sentiasa dalam keadaan yang bersih.
hukum makan tupai halal atau haram?
Makanan Tambahan
Sediakan makanan tambahan juga adalah penting. Jemaah umrah boleh membawa bekalan makanan yang senang dibawa dan tidak mudah basi. Kadang-kadang untuk golongan warga emas, kekurangan gula dalam badan boleh manjadi salah satu sebab kesukaran untuk meneruskan ibadat umrah.
Betulkan Niat
Sebelum ke tanah suci, fahami betul-betul tujuan untuk menunaikan umrah. Jika kekurangan pengetahuan dalam bidang berkenaan, banyakkan membaca buku ataupun bertanya kepada yang arif. Sirah nabi merupakan sejarah agung umat Islam dan ianya perlu diketahui oleh semua orang Islam. Niat yang tepat akan memberikan kesan positif yang mendalam dalam diri Jemaah umrah.
Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan mendapat manfaat daripada perkongsian pada kali ini dan kongsikan juga dengan kawan-kawan yang lain ya.
SAYA TUNGGU PANGGILAN DLM ON LINE NNTI