Dapatkan 5 tips kewangan untuk menjamin kos umrah anda!

kos umrah

Kos umrah membantu kita menjadi lebih disiplin dalam menabung, betul ke?

Kita ni biasalah bila dah bekerja, susah sikit nak kumpul duit, ada je peluang, mesti nak ‘self-reward’ kan.

Artikel kali ini bukanlah untuk menyekat mereka yang bekerja dari berbelanja, namun hanya untuk berkongsi tips kewangan bagi menjamin kos perlancongan khususnya kos umrah.

 

kenali tips penting semasa menunaikan umrah

 

Berbelanja Kurang Dari Pendapatan (Tentukan Keutamaan, Belanjakan Apa Yang Perlu)

Sekiranya pendapatan semakin meningkat, adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengekalkan gaya hidup semasa.

Ianya dapat membantu untuk menambah simpanan kita.

Kita mesti pandai tentukan keutamaan sendiri.

Komitmen yang ada mestilah didahulukan.

Contohnya bila dapat gaji, terus tolak komitmen-komitmen seperti kenderaan, rumah, bil-bil dan lain-lain. Dengan ini, lebihan duit dapat ditambah dalam tabung kos umrah.

 

Simpan 10% Daripada Pendapatan Bulanan

Simpanan sedikit lebih baik dari tidak menyimpan langsung.

Semasa permulaan kerja, seeloknya mengenepikan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan sebelum membuat apa-apa perbelanjaan.

Amalan menyimpan setelah berbelanja tidak digalakkan kerana kita cenderung untuk menggunakan apa yang kita ada.

Dengan ini, kos untuk perbelanjaan umrah kita akan terjamin.

 

menunaikan umrah

 

Buat Catatan Perbelanjaan Harian

Perbelanjaan harian hendaklah dicatatkan. Dengan mencatat perbelanjaan harian, kita boleh mengelakkan diri dari berbelanja untuk perkara yang tidak perlu.

Sekurang-kurangnya kita boleh menjejaki keluar masuk duit kita. Terdapat banyak cara untuk mencatat perbelanjaan harian kita termasuklah dengan menggunakan aplikasi belanjawan.com.

 

Tetapkan Gol Kewangan Yang Spesifik

Sekiranya kita sudah mempunyai gol/matlamat yang jelas, ianya dapat membantu kita lebih fokus dan bermotivasi.

Penetapan gol ini boleh dilakukan dengan penyenaraian semua matlamat kewangan untuk jangka masa pendek dan panjang.

Misalnya, mengasingkan sekurang-kurangnya 10 % dari pendapatan bulanan untuk kegunaan kos umrah.

Tabung melalui aplikasi MAE Maybank juga, membantu untuk menetapkan matlamat bagi menjamin simpanan kos perbelanjaan umrah kita.

 

keistimewaan puasa arafah

Jauhi Hutang Jahat

Sebagai bekas pelajar atau graduan, sukar untuk kita mengelakkan diri dari berhutang.

Dari awal lagi, kita sudah membuat pinjaman pembelajaran dengan MARA, PTPTN dan banyak lagi.

Jadi, cuba elakkan diri dari mengganggu komitmen kita untuk membuat simpanan dengan membuat hutang jahat.

Contohnya penggunaan kad kredit. Pengurangan komitmen bulanan inilah yang membantu kita untuk menyimpan lebih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *