Harga umrah terkini membuatkan ramai umat Islam runsing untuk mengerjakan ibadah umrah kerana ia merupakan impian buat semua umat Islam.
Harga siling terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk pakej ibadah umrah selama 12 hari 10 malam adalah sebanyak Rm 6900.
Terdapat sedikit kenaikan harga jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya kerana atas faktor peningkatan kos susulan perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) oleh dua pihak iaitu Kerajaan Malaysia dan juga Arab Saudi.
Anda perlu bersedia dari segi kewangan atas peningkatan harga siling yang terkini ini.
Ada 8 sebab mengapa anda perlu ambil pakej kami, antaranya sebabnya ialah:
kenali tips penting semasa menunaikan umrah
1. Kumpulan Yang Kecil
Pengalaman mengerjakan ibadah umrah secara berkumpiulan pasti akan membuatkan anda lebih bersemangat dan memberikan anda pengalaman umrah yang manis.
Dengan kumpulan yang kecil, pengalaman ibadah umrah anda akan lebih berbeza daripada pengalaman ibadah umrah dari kumpulan yang besar.
Kenangan dengan kumpulan kecil lebih banyak kerana interaksi antara orang lebih menyeluruh.
Masa dan tempat lawatan sudah pastinya lebih lama dan banyak jika dibandingkan dengan kumpulan yang lebih besar.
Bagi yang membawa anak-anak kecil, anda pasti akan lebih selesa dan pengalaman umrah anda akan lebih diingati.
2. Ziarah Makam dan Tempat Bersejarah
Terdapat banyak tempat-tempat bersejarah dan makam yang perlu dilawati Ketika anda berada di Makkah dan Madinah.
Anda pasti mendapat pengalaman umrah yang terbaik sewaktu anda mengerjakan ibadah umrah.
Antara cara yang perlu anda ketahui adalah dengan membuat kajian tentang tempat-tempat bersejarah dan makam-makam terlebih dahulu sebelum pergi melawat.
Dengan melakukan kajian dengan lebih awal tentang tempat-tempat bersejarah dan makam ini, anda akan lebih menjiwai dan merasai pengalaman umrah yang lebih baik.
3. Mutawwif Yang Berpengalaman
Mutawwif adalah orang yang bertanggungjawab untuk membimbing Jemaah menunaikan haji atau umrah dan merupakan seorang yang berpengalaman dan tahu tentang selok-belok perjalanan umrah.
Perkongsian sejarah oleh mutawwif yang berpengalaman tentang tempat-tempat bersejarah yang dilawati juga merupakan salah satu perkara yang akan membuatkan pengalaman umrah anda lebih menarik.
Untuk mendapat pengalaman mengerjakan ibadah umrah yang menarik, anda perlu memastikan Mutawwif anda berpengalaman.
4. Hotel Selesa dan Dekat
Penginapan yang selesa pasti akan menjadikan pengalaman ibadah umrah anda diingati. Ia akan membuatkan anda tidur dengan lebih lena selepas penat beribadah sepanjang hari.
Dengan jarak hotel yang dekat dengan tempat beribadah, ia akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk melakukan ibadah umrah.
Oleh itu, anda perlu membuat kajian tentang hotel-hotel yang termasuk didalam pakej umrah anda sebelum membelinya.
5. Makanan Sedap
Makanan merupakan perkara yang penting kerana untuk mengerjakan ibadah umrah, tenaga yang banyak diperlukan.
Hidangan makanan yang lazat sudah pastinya akan membuatkan pengalaman ibadah umrah anda akan lebih baik setelah penat beribadah.
doa nabi sulaiman memohon kekayaan
6. Program Yang Penuh Dan Padat
Setiap Jemaah umrah sudah pastinya ingin memenuhkan masanya dengan beribadah semasa mengerjakan umrah.
Dengan program yang penuh dan padat, anda bukan sahaja akan memenuhkan masa dengan beribadah malah akan mempunyai peluang untuk menambah ilmu pengetahuan sejarah islam dengan menziarah tempat-tempat bersejarah dan makam-makam para anbiya.
7. Agensi Yang Dipercayai
Pengalaman umrah yang terbaik akan membuatkan anda ingin mengerjakan umrah berulang kali.
Oleh itu, adalah penting untuk anda memilih agensi yang boleh dipercayai dan akan memberikan anda pengalaman umrah yang manis dan diingati.
8. Harga Pakej
Harga dan pilihan pakej yang ditawarkan adalah sesuai dengan pengalaman yang anda akan dapat.
Buat yang ingin mengerjakan umrah secara ansuran juga boleh melihat pakej yang kami sediakan.
Semoga perkongsian artikel kali ini memberi manfaat buat anda untuk mengerjakan ibadah umrah di akan datang.
Sila kongsi dengan rakan-rakan anda.
