Jangan terpedaya, dapatkan servis dari ejen umrah berdaftar!

ejen umrah berdaftar

Katanya, servis ejen umrah berdaftar, tetapi sudahnya ditipu bulat-bulat.

Isu pakej ke luar negara dan unsur penipuan memang tidak asing lagi, bukan?

Mungkin ramai yang terlalu berhati-hati dengan perjalanan dalam mengerjakan haji namun, mengambil enteng dengan pakej yang tersedia untuk menunaikan ibadah umrah.

Jangan begitu, ya?

ejen umrah berdaftar

 

Anda perlu mengambil tahu setiap inci, maklumat dan servis yang tersedia bersama pakej yang dibayar. Bayangkan jika itu sahajalah belanja yang anda ada untuk pergi bertemu Sang Pencipta namun, ditipu dan lenyap kesemua belanja anda.

Pasti sahaja ia memberi pengalaman buruk dan menyedihkan.

Jadi sebelum ditipu atau diperdayakan, pastikan anda mengambil kira setiap perkara yang telah dinyatakan dan dipersetujui adalah benar belaka. Sebagai bimbingan, kami akan menyenaraikan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam memastikan bahawa anda berada pada landasan yang tepat dan benar.

larangan dalam ihram umrah wajib

 

Tiket penerbangan pergi dan balik

Pastikan anda telah mempunyai tiket penerbangan pergi dan balik seperti yang telah dinyatakan. Semak tiket anda melalui saluran yang betul dan pastikan anda menerimanya pada waktu yang tepat. Jika tidak, anda perlu menghubungi agensi yang berkaitan dengan kadar yang segera.

 

Visa umrah

Jika pakej yang anda ambil tidak tersedia bersama atau tidak memerlukan anda untuk memohon visa umrah, pastikan anda menyemaknya semula. Yang penting, segala perkara perlu dilakukan dalam keadaan berhemah dengan fikiran yang waras.

 

Penginapan disediakan oleh ejen umrah berdaftar

Selalunya, servis ejen umrah berdaftar ini akan memberi anda penginapan dalam pakej mereka yakni perkara penting dalam sesuatu perjalanan. Bayangkan saja jika tiada penginapan, pasti anda huru-hara mencarinya kerana segala urusan sebelumnya dilakukan oleh pihak lain.

 

Operator yang sah

Pastikan operator yang dipilih adalah daripada ejen ang sah dan berdaftar.

ejen umrah berdaftar

kisah & doa nabi nuh ringkas

 

Makanan

Semak juga sama ada mereka menyediakan makanan atau tidak di dalam pakej. Jika tidak, anda perlu berunding secara baik dengan ejen mereka.

 

Lawatan / ziarah

Yang paling penting, ia akan menyediakan sesi lawatan dan ziarah pada tempat-tempat yang tertentu.

 

Diiringi wakil syarikat

Keberadaan wakil syarikat untuk mengiringi anda pastinya memberi nafas lega ketika hari mengerjakan umrah tersebut.

hukum makan tupai halal atau haram

 

Mutawif

Ambil tahu juga siapakah gerangan mutawif yang ada bersama anda semasa perjalanan kelak.

 

Perlindungan skim takaful umrah untuk kecemasan, sakit atau kematian

Pastikan juga anda mempunyai perlindungan skim takaful umrah untuk perkara-perkara kecemasan, sakit atau kematian. Jika tidak, ia akan menyulitkan anda kelak jika sesuatu yang buruk terjadi.

Kesimpulannya, tiada salahnya jika anda ingin mengambil tahu setiap pertanyaan yang bermain di minda. Dapatkan sahaja kepastiannya dari semua pihak yang terlibat. Untuk mendapatkan pakej Umrah yang terbaik, boleh terus menghubungi kami atau layari laman sesawang kami di www.hejiratravel.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *