Apa itu definisi umrah?
Islam merupakan agama yang dianut oleh majoriti masyarakat di Malaysia. Agama ini dianggap sinonim dengan erti ketenangan, kemanisan dan juga keimanan. Sesiapa sahaja yang membayangkannya, pasti akan berasa tenang.
Mungkin ada yang keliru tentang kata yang dikaitkan dengan ‘muslim’ dan juga ‘Islam’. Jadi buat anda saudara baru atau yang masih saja keliru, ertinya sangat berbeda. Islam adalah agama, manakala muslim pula adalah gelaran bagi orang yang beragama Islam.
doa dihindari masalah yang senang dihafal
Percaya atau tidak, kejayaan setiap manusia di atas muka bumi ini terletak kepada sejauh mana kita mentaati Allah dan ibadah khusus yang telah diamanahkan. Justeru, setiap apa yang dilakukan perlulah ditunaikan dengan cara yang betul sebagaimana yang telah disarankan. Hal ini termasuklah dalam menunaikan ibadah umrah.
Definisi Umrah
Kami pasti ada yang masih tidak mengetahui dengan lebih teliti tentang maksud dan maklumat berkaitan ibadah umrah. Jangan risau, izinkan kami kongsikannya kepada anda.
Hari ini kami akan berkongsi mengenai definisi umrah dan menerangkannya dari sudut maksud serta rukun mengerjakan umrah.
Umrah dari segi bahasa ialah ziarah atau melawat.
Manakala, dari segi segi syara’ atau istilah pula bermaksud menziarahi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Dalam masa yang sama, ia turut dikenali sebagai ‘Haji Kecil’.
Untuk makluman, ibadah haji dan umrah tersenarai daripada salah satu rukun daripada rukun Islam yang kelima dan ianya menjadi kemuncak penzahiran seorang hamba kepada Tuhan-Nya. Namun perlu diingatkan bahawa terdapat masa-masa tertentu yang membolehkan kita menunaikan umrah iaitu semasa menunaikan haji.
Rukun Umrah
Rukun umrah yang telah digariskan dalam Islam ada 5 perkara.
1. Niat umrah
Jangan lupa untuk berniat ihram untuk umrah dengan menyebut lafaz niat seperti yang berikut.
“Sahaja aku menunaikan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”.
2. Tawaf umrah
Terdapat beberapa syarat sah tawaf yang boleh diikuti antaranya termasuklah suci daripada hadas kecil dan besar, menutup aurat, serta mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali pusingan bermula kawasan Hajarul Aswad.
checklist barang kelengkapan umrah bagi lelak
3. Sa’ie umrah
Perjalanan ulang alik di antara Bukit Safa ke Marwah secara berjalan atau berlari anak ini akan memberikan pengalaman luar biasa yang meningkatkan keimanan kepada Allah dan agamaNya. Ia perlu dilakukan dengan yakin sebanyak tujuh kali di tempat yang disediakan.
4. Bercukur
Untuk makluman, perbuatan ini perlu dilakukan setelah selesai anda bertawaf dan melakukan sa’ie umrah dengan cara menanggalkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Jemaah lelaki pula disunatkan dan sangat digalakkan untuk bercukur.
5. Tertib
Setiap ibadah yang diamanahkan oleh agama perlulah diakhiri dengan rukun tertib yang mana segala rukun perlu dilakukan mengikut susunan yang betul.
Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan menunaikan umrah ini. Memperoleh status sebagai ‘tetamu Allah s.w.t’, dimakbulkan segala keinginan dan doa yang baik, dapat menghayati sirah Nabi serta memperbaiki hubungan sesama umat Islam akan terjalin dengan lebih erat.
Semoga perkongsian definisi umrah serta rukun mengerjakannya ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan juga bakal jemaah yang akan menunaikan ibadah Umrah.
Untuk mendapatkan pakej Umrah yang terbaik, boleh terus menghubungi kami atau layari laman sesawang kami di www.hejiratravel.com.