Larangan Dalam Ihram Umrah (Wajib)

Secara umumnya larangan dalam ihram umrah bole dibahagikan kepada 3 bahagian :

A. Larangan yang dikhususkan bagi lelaki sahaja
B. Larangan yang dikhususkan bagi wanita sahaja
C. Larangan umum (lelaki & wanita)

 

LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN BAGI LELAKI SAHAJA

 

1. Memakai pakaian bersarung / berjahit / bercantum seperti seluar, baju kemeja, stoking, kasut yang menutup jari-jari kaki dan tumit, kain pelikat dan sebagainya.

Seorang lelaki semasa dalam ihram umrah diharuskan melakukan perkara-perkara berikut tanpa wajib menyempurnakan dam :

  • Memakai kain pelikat dengan cara tidak disarungkan walaupun kain pelikat tersebut bercantum antara dua penjurunya.
  • Memakai kain tuala.
  • Memakai kain pelikat lepas yang tidak bercantum antara dua penjurunya walaupun ada corak, berwarna-warni dan berbunga-bunga.Memakai tali pinggang haji, cincin dan kaca mata
  • Memakai alas kaki/sandal/selipar yang menampakkan jari-jari kaki dan mempunyai tali pengikat di atas tulang keting yang menampakkan tumit.
  • Menutup kaki dengan kain ihram atau selimut.

2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya.

Jika seorang lelaki yang berada dalam ihram umrah memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia  ingat atau diberi ingat. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir) (Kursus Asas Haji 2014; Fiqh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah 2016).

LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN BAGI WANITA SAHAJA

3. Menutup Muka. 

  ⸧ Jika seorang wanita yang berada dalam ihram umrah menutup mukanya dengan kain tudung secara terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut daripada mukanya dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, dia berdosa dan dikenakan dam (takhyir dan taqdir)  (Kursus Asas Haji 2014; Figh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah 2016).

LARANGAN UMUM (LELAKI DAN WANITA)

4. Memakai Sarung Tangan

⸧ Jemaah boleh melindungi tangan di sebalik kain tudung atau kain ihram tanpa dikenakan dam (Fiqh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah 2016)

 5.Memakai bau-bauan sama ada pada badan, makanan,minuman atau menghidunya ke dalam hidung

⸧ Wangian yang dilarang di dalam ihram ialah sesuatu yang bersifat wangian dan digunakan dengan tujuan untuk berwangian-wangian (Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan 2004).

6. Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain daripada bulu yang tumbuh di pipi dan dahi.

Tidak menjadi kesalahan juga (tidak haram) memakaikan minyak pada anggota-anggota badan yang lain (selain bahagian kepala dan janggut) seperti tangan dan kaki melainkan jika minyak tersebut berbau wangian⑥. Jika miyak tersebut berbau wangi, diharamkan memakainya pada seluruh tubuh badan dan bulu-bulu badan (Ba ‘Atiyyah 2019)

=====

Sesuatu yang bersifat wangian dan digunakan dengan tujuan untuk berwangian-wangian (Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangasaan 2004)

7. Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan.

⸧ Jika seseorang yang berada dalam ihram umrah menanggalkan rambut atau bulu secara sengaja, tidak sengaja atau terlupa dia tetap dikenakan dam(takhyir dan taqdir). Tidak berdosa jika perkara ini berlaku secara tidak sengaja atau terlupa. Tetapi berdosa jika dilakukan dengan sengaja (Fiqh Ibadat Haji,Umrah dan Ziarah 2016)

8. Mengerat atau memotong kuku

⸧ Jika seseorang yang berada dalam ihram umrah mengerat atau memotong kuku secara sengaja, tidak sengaja atau terlupa dia tetap dikenakan dam (takhyir dan taqdir). Tidak berdosa jika perkara ini berlaku secara tidak sengaja atau terlupa. Tetapi berdosa jika dilakukan dengan sengaja (Kursus Asas Haji 2014; Fiqh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah 2016)

9. Memotong, menebang, mengerat atau mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Makkah

⸧ Pengharaman memotong, menebang, mengerat atau mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Makkah (termasuk Mina dan Muzdalifah) adalah berkait dengan larangan yang
tidak boleh dilakukan dalam Tanah Haram Makkah itu sendiri. Bukannya berkait dengan keadaan seseorang itu sama ada berada dalam ihram ataupun tidak. Ini bermakna jemaah tidak boleh melakukan perbuatan ini selama mana dia berada dalam Tanah Haram Makkah (termasuk Mina dan Muzdalifah) walaupun dia tidak berada dalam ihram (Ba ‘Atiyyah 2019).

10. Memburu, menembak, menangkap, mengurung atau membinasakan binatang buruan darat yang halal dimakan sama ada di Tanah Halal atau Haram

⸧ Haiwan buruan darat yang halal dimakan antaranya ialah rusa, kijang, angsa,burung merpati dan belalang (Fiqh Ibadat Haji,Umrah dan Ziarah 2016)

11. Melakukan pendahuluan (mukadimah) persetubuhan

⸧ Tidak dikenakan dam ke atas orang yang berada dalam ihram yang keluar air maninya akibat melihat wanita dengan penuh berahi atau dilamun khayal atau berfantasi melalui telefon atau mesej. Perbuatan ini adalah berdosa (al-Nawawi 1994; Soal Jawab Haji Dan Umrah 2015; Fiqh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah 2018).


 

12. Bersetubuh

⸧  Persetubuhan merupakan larangan ihram yang merosakkan ibadat umrah jika iainya berlaku sebelum selesai kerja-kerja umrah dalam keadaan sengaja, tahu haramnya perbuatan ini dalam ihram dan sukarela (tiada unsur paksaan berlaku). Jemaah yang terlibat pula wajib menyempurnakan dam tertib dan ta’dil berikut :

☛ Menyembelih seekor unta yang boleh dibuat korban, jika tidak mampu

☛ Menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu;

☛ Menyembelih 7 ekor kambing, jika tidak mampu;

☛ Beli makanan asasi Makkah (gandum) dengan nilai harga unta, sedekahkan kepada fakir miskin di Tanah Haram Makkah, jika tidak mampu;

☛ Berpuasa sebanyak hari mengikut nilai cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai seekor unta (al-Kaf 2003).

– Selain menyempurnakan dam di atas,

☛ Wajib suami dan isteri berkenaan meneruskan keria-kerja umrah yang selebihnya sehingga selesai.

☛ Wajib mengqada’kan umrah tersebut secepat mungkin walaupun ianya berstatus sunat tapa bole ditangguh melainkan ada keuzuran.

☛ Wajib berniat ihram umrah gada’ ini di migat asal umrah yang berlaku persetubuhan yang merosakkan umrah tersebut (Ba ‘Atiyyah 2019).

⸧  Dam ini wajib ditunaikan apabila jemaah sudah berniat ihram bagi mengqada’kan umrah yang telah rosak ini (al-Kaf 2003; Ba ‘Atiyyah 2019).

⸧  Tanggungjawab menyempurnakan dam ini wajib ditanggung oleh suami sahaja (al-Kaf 2003; Garis Panduan Pembayaran Dam 2016).

13. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin

⸧  Jurunikah lantikan sultan/raja boleh melakukan upacara akad nikah walaupun sultan/raja ketika itu berada dalam ihram (Abdul Ghani t.th)

⸧  Makruh meminang dalam ihram.

⸧  Harus orang yang di dalam ihram menjadi saksi pernikahan pasangan yang bukan dalam ihram.

⸧  Harus merujuk perkahwinan dalam ihram.

Perhatian:

1- Melakukan perkara-perkara yang berbentuk kesukaan, keseronokan atau kegemaran (taraffuh) dalam ihram haji atau umrah seperti menutup kepala (lelaki), memakai pakaian bersarung (lelaki), menutup muka          (wanita), memakai sarung tangan, memakai bau-bauan, memakai minyak di kepala dan janggut, jimak, mukadimah jimak, di mana ianya bukan berbentuk merosakkan alam sekitar atau kecantikan:

☛ Jika dilakukan dengan sengaja, tahu hukumnya dan dengan pilihan sendiri dikenakan dam dan berdosa.

☛  Jika dilakukan dengan tidak sengaja, lupa atau jahil hukumnya tidak dikenakan dam dan tidak berdosa (Ba Fadl t.th; Figh Ibadat Haji, Umrah & Ziarah 2018).

2- Melakukan perkara-perkara yang berbentuk merosakkan atau membinasakan (itlaf) alam sekitar atau kecantikan seperti mencabut atau memotong rambut atau bulu di badan, memotong kuku, membunuh binatang      buruan, memotong pokok atau tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram Makkah:

☛ Jika dilakukan dengan tidak sengaja, jahil atau lupa, tidak berdosa. Selainnya daripada itu berdosa.
☛ Jika dilakukan dengan sengaja, tidak sengaja, jahil hukumnya, tahu hukumnya, lupa atau ingat tetap dikenakan dam (Ba Fadl t.th; Fiqh Ibadat Haji, Umrah & Ziarah 2018).


Klik Di Sini Untuk Join Telegram

Klik Di Sini Untuk Join Telegram

Klik Di Sini Untuk Join Telegram

 

 

1 thoughts on “Larangan Dalam Ihram Umrah (Wajib)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *