Panduan Umrah Kanak-Kanak

Pendahuluan

Sejak akhir-akhir ini, ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka yang masih belum baligh ke Tanah Suci untuk turut sama melakukan umrah. Para ibu bapa perlu mengetahui dengan jelas hukum-hakam dan tatacara kanak-kanak  melakukan umrah supaya umrah yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut menjadi sah. Panduan umrah bagi kanak-kanak ini adalah mengikut Mazhab Syafie.

Hukum

Dalam Kitab Ibanah Al-Ahkam Syarah Bulugh Al-Maram berkenaan Umrah menjelaskan hadith no. 248 bahawa Rasulullah saw bersabda: “Mana-mana anak kecil yang telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah kemudian dia mencapai umur baligh, maka ia tetap mempunyai kewajiban untuk melakukan ibadah Haji atau Umrah sekali lagi.” (diriwayatkan oleh Ibn Abu Syaibah dan Al Baihaqi).

Jika ada anak kecil melakukan ibadah Umrah sebelum mereka baligh, maka Haji atau Umrahnya dianggap sebagai amalan yang sunat. Apabila telah baligh, maka dia wajib melakukan Haji atau Umrah sekali lagi sebagai Haji atau Umrah yang menunaikan rukun Islam. Ini kerana mereka belum dikenakan kewajiban taklif iaitu tanggungjawab menunaikan sesuatu ibadah. Namun begitu, Haji atau Umrah yang dilakukan oleh anak kecil masih belum mencukupi Haji fardhu yang merupakan Rukun Islam baginya. Para ibu dan bapa juga mendapat pahala kerana usaha mereka kerana bersusah payah memikul anaknya. Kanak-kanak kecil juga akan mendapat ganjaran pahala kerana mengerjakannya.

Persiapan

Semasa di miqat atau sebelum miqat,wali hendaklah melakukan perkara-perkara sunat ihram bagi kanak-kanak yang mumaiyiz. Seperti dimandikan kanak-kanak tersebut dan diniatkan mandi untuk kanak-kanak itu.Bagi kanak-kanak lelaki ditanggalkan dari tubuhnya pakaian berjahit atau bercantum. Kanak-kanak perempuan pula tidak dipakaikan sarung tangan dan purdah yang menutup muka sebagaimana jemaah wanita yang baligh. Kemudian, dipakaikan kain ihram yang bersesuaian dengan jantina masing-masing seperti pakaian ihram jemaah yang baligh. Seterusnya dipakaikan wangian pada tubuhnya. Kanak-kanak lelaki dipakaikan alas kaki yang menampakkan jari-jari dan tumit.

Manakala kanak-kanak yang mumaiyiz diajarnya dan disuruh melakukan perkara-perkara tersebut sendiri.

Solat sunat ihram dilakukan sendiri oleh kanak-kanak yang mumaiyiz. Manakala kanak-kanak yang tidak mumaiyiz disolatkan oleh walinya.

Kesimpulan

Membawa anak kecil untuk menunaikan ibadah umrah adalah sesuatu perkara yang sangat disukai Allah SWT, kerana niat kita dan tenaga kita untuk membawa mereka bukan satu kerja yang mudah tapi tidaklah susah juga. Sebelum menunaikan sesuatu ibadah haruslah dimulai dengan niat. Niat dalam diri dan hati supaya Allah permudahkan segala urusan kita disana nanti. Islam itu mudah, jika kita melakukan sesuatu perkara dengan niat yang baik, maka baiklah pengakhirannya nanti. Oleh itu, marilah kita sama-sama merancang perjalanan ibadah umrah kita dengan baik dan rapi supaya tidak tergesa-gesa dan tidak sempat untuk menyelesaikan sesuatu ibadah itu nanti.

 

 

 

=====

Klik Di Sini Untuk Join Telegram

Klik Di Sini Untuk Join Telegram

Klik Di Sini Untuk Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *