Mengerjakan umrah merupakan perkara yang ramai orang inginkan selain mengerjakan haji di dalam bulan haji.
Untuk semua muslim, ada 8 perkara penting ini untuk mengerjakan umrah dan memastikan umrah anda lebih mabrur.
Berikut adalah 8 perkara tersebut:
1. Kewangan
Untuk mengerjakan umrah, anda perlu merancang kewangan anda secara teliti dan tepat.
Merancang kewangan anda untuk pembelian tiket kapal terbang, penempahan bilik hotel dan juga pembelanjaan anda semasa mengerjakan umrah.
Bagi anda yang membeli pakej umrah, anda hanya perlu memastikan wang pembelanjaan semasa di sana mencukupi.
Semasa mengerjakan umrah, anda juga mempunyai peluang untuk bersedekah bagi pihak anda mahupun orang lain dengan cara mewakafkan Al-quran yang baru atau pun wang di tabung masjid.
Antara sebabnya adalah anda akan memperolehi pahala bagi setiap orang yang membaca mahupun menggunakannya.
elakkan pakej umrah yang selalu ditakuti
2. Niat
Niat merupakan perkara penting untuk melakukan sesuatu benda. Tanpa niat, perkara yang anda lakukan adalah sia-sia.
Semasa ingin mengerjakan umrah, anda perlu memperbetulkan niat anda. Niat anda untuk pergi ke Madinah dan Makkah adalah untuk beribadah kerana Allah dan bukan lah untuk melancong dan membeli-belah.
Bagi rakyat Malaysia, adalah baik untuk berniat semasa memamakai ihram dari lapangan terbang lagi sebelum berlepas ke Madinah.
3. Dokumen
Untuk memastikan ibadah umrah anda mabrur, persediaan segala dokumen penting sebelum mengerjakan umrah adalah penting.
Sebagai contoh, untuk permohonan visa yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Arab Saudi, anda perlu memempunyai pasport yang sah dan masih aktif selama enam bulan daripada tarikh penerbangan anda.
Selain itu, anda juga perlu mendapatkan buku suntikan Meningitis ACW135 bagi memastikan anda bebas daripada penyakit yang boleh merebak.
Bagi yang mengerjakan umrah bersama mahram, semua dokumen perlu dibuat salinan yang sudah di ‘certified true copy’.
harga pakej umrah yang berbaloi
4. Solat Jenazah
Di masjid-masjid di Madinah dan Makkah, solat jenazah adalah perkara yang selalu dan biasa.
Rugi jika anda tidak menyertai solat jenazah bersama-sama di dalam masjid yang penuh barakah ini.
Oleh itu, anda perlu belajar cara melakukan solat jenazah sebelum mengerjakan ibadah umrah ini.
5. Ilmu Umrah
Selain melengkapkan diri dan mental untuk mengerjakan ibadah umrah yang jauh dari tanah air, anda juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu mengerjakan umrah.
Ibadah umrah perlu dilakukan dengan rukun dan anda perlu lakukannya dengan tertib untuk memastikan ibadah umrah anda sah dan mabrur.
Jika anda tertinggal salah satu rukun atau sebaliknya, ibadah umrah anda akan menjadi tidak sah.
6. Panduan Lengkap
Untuk anda yang pertama kali ingin mengerjakan ibadah umrah, anda perlu menghadiri khursus ataupun membuat kajian tentang ibadah umrah.
Anda juga boleh membeli ‘flash card’ atau memuat turun panduan lengkap rukun umrah bagi membantu anda mengingati tertib rukun umrah semasa mengerjakannya.
8 tips melancarkan perjalanan umrah anda
7. Perilaku
Semasa keberadaan di Tanah Suci Mekah, adalah baik jika anda menjaga perilaku sepanjang mengerjakan umrah.
Ini merupakan perkara penting kerana anda membawa nama negara Malaysia. Hal ini kerana perkara yang dilakukan kita akan menentukan kuota dan visa yang dikeluarkan Kedutaan Besar Arab Saudi kelak.
8. Solat Yang Khusyuk
Solat yang baik adalah solat yang khusyuk. Jika anda mengalami masalah untuk solat dengan khusyuk semasa di Malaysia, adalah baik untuk and amula belajar untuk solat dengan khusyuk.
Antara cara untuk solat dalam keadaan khusyuk ialah dengan cuba memahami surah dan ayat yang dibaca Ketika solat.
Selain itu, sentiasa solat tepat pada waktunya juga merupakan antara cara untuk mendapat kekhusyukkan di dalam solat.
Semoga perkongsian didalam artikel kali ini memberi manfaat buat pembaca. Harap anda kongsikan kepada rakan-rakan.
Jangan lupa untuk sentiasa ikuti perkembangan kami di www.hejiratravel.com.