Terdapat pelbagai cara untuk memastikan anda mendapat pengalaman umrah yang terbaik. Ini kerana dengan pengalaman yang terbaik anda dapat mengerjakan ibadah umrah dengan lebih seronok dan khusyuk. Oleh itu, penting untuk anda memastikan cara dan pelan untuk mengerjakan umrah.
Terdapat 8 cara memastikan anda mendapat pengalaman umrah terbaik, antaranya adalah:
- Download Panduan Mengerjakan Umrah
Panduan mengerjakan umrah adalah penting untuk anda memastikan ibadah umrah anda dengan betul dan tepat.
Walaupun anda telah pergi ke khursus mengerjakan umrah sebelum menunaikannya, panduan umrah mungkin akan membantu anda untuk melakukannya dengan lebih khusyuk.
Pada zaman moden ini, terdapat banyak aplikasi-aplikasi yang akan membantu anda untuk mengerjakan ibadah umrah. Dengan memuat turun aplikasi seperti ini, anda dapat memastikan pengalaman umrah anda dengan lebih baik.
- Ziarah Makam dan Tempat Bersejarah
Terdapat banyak tempat-tempat bersejarah dan makam yang perlu dilawati untuk memastikan anda mendapat pengalaman umrah yang terbaik sewaktu anda mengerjakan ibadah umrah di Madinah dan Makkah.
Antara cara yang perlu anda ketahui adalah dengan membuat kajian tentang tempat-tempat bersejarah dan makam-makam terlebih dahulu sebelum pergi melawat.
Dengan melakukan kajian dengan lebih awal tentang tempat-tempat bersejarah dan makam ini, anda akan lebih menjiwai dan merasai pengalaman umrah yang lebih baik.
- Mutawwif
Mutawwif adalah orang yang bertanggungjawab untuk membimbing Jemaah menunaikan haji atau umrah.
Mutawwif yang baik adalah seorang yang berpengalaman dan tahu tentang selok-belok perjalanan umrah. Perkongsian sejarah tentang tempat-tempat bersejarah yang dilawati juga merupakan salah satu perkara yang akan membuatkan pengalaman umrah anda lebih menarik.
Untuk memastikan anda dapat pengalaman umrah yang terbaik, anda perlu memastikan Mutawwif anda juga yang terbaik.
- Hotel Yang Selesa dan Dekat
Penginapan yang selesa pasti akan menjadikan pengalaman ibadah umrah anda lebih baik. Ia juga pasti akan membuatkan tidur anda lebih lena selepas penat beribadah sepanjang hari.
Dengan jarak hotel yang dekat dengan masjidil haram dan masjid Nabawi akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk melakukan ibadah umrah.
Oleh itu, anda perlu membuat kajian tentang hotel-hotel yang termasuk didalam pakej umrah anda sebelum membelinya.
- Kumpulan Kecil
Pengalaman mengerjakan ibadah umrah secara berkumpiulan pasti akan membuatkan anda lebih bersemangat dan memberikan anda pengalaman umrah yang terbaik.
Dengan kumpulan yang kecil, pengalaman ibadah umrah anda akan lebih berbeza daripada pengalaman ibadah umrah dari kumpulan yang besar.
Masa dan tempat lawatan sudah pastinya lebih lama dan banyak jika dibandingkan dengan kumpulan yang lebih besar. Anak-anak kecil anda pasti akan lebih selesa dan pengalaman umrah anda akan lebih baik.
- Makanan Yang Sedap
Makanan merupakan perkara yang penting kerana untuk mengerjakan ibadah umrah, tenaga yang banyak diperlukan.
Rukun Tawaf dan Sa’ie adalah aktiviti yang banyak menggunakan tenaga semasa melakukan ibadah umrah.
Dengan hidangan makanan yang lazat semasa mengerjakan umrah sudah pastinya akan membuatkan pengalaman ibadah umrah anda akan lebih baik setelah penat beribadah.
- Program Yang Penuh Dan Padat
Setiap Jemaah umrah sudah pastinya ingin memenuhkan masanya dengan beribadah semasa mengerjakan umrah.
Dengan program yang penuh dan padat, anda bukan sahaja akan memenuhkan masa dengan beribadah malah akan mempunyai peluang menziarah tempat-tempat bersejarah dan makam-makam para anbiya sambil meningkatkan ilmu pengetahuan sejarah Islam.
- Agensi Yang Dipercayai
Pengalaman umrah yang terbaik akan membuatkan anda ingin mengerjakan umrah berulang kali.
Oleh itu, adalah penting untuk anda memilih agensi yang boleh dipercayai dan akan memberikan anda pengalaman umrah yang manis dan diingati.
Semoga perkongsian artikel kali ini memberi manfaat buat anda untuk mengerjakan ibadah umrah di akan datang. Sila kongsi dengan rakan-rakan anda..