Anda perlu ambil tahu tentang isu-isu pakej umrah yang sering ditakuti ini, patut anda elakkan sebelum melakukan ibadah umrah.
Setiap tahun pasti kita lihat atau terdengar tentang isu mangsa Haji atau Umrah terkandas di lapangan terbang.
Berikut adalah 4 isu pakej umrah yang sering ditakuti dan patut anda elakkan:
- Penipuan Pihak Yang Tidak Bertanggungjawab
Banyak pihak yang tidak bertanggungjawab memperdaya mangsa dengan pakej umrah yang menarik namun sebenarnya tidak wujud.
Pakej menarik yang biasa ditawarkan adalah seperti jarak hotel yang dekat, hotel yang selesa, kenderaan pengangkutan yang disediakan
Oleh itu, adalah penting untuk menyiasat latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej umrah sebelum membelinya.
Antara cara yang paling mudah adalah dengan melihat maklum balas pelanggan-pelanggan yang pernah menyertai pakej umrah yang ditawarkan sebelum melanggan pakej tersebut.
- Visa
Banyak isu-isu di dalam negara melibatkan penipuan visa umrah atau haji. Visa merupakan pas lawatan yang diberikan oleh sesebuah kerajaan kepada seseorang.
Bagi mengurangkan kesesakkan jemaah umrah dan haji, visa adalah terhad dan diperlukan untuk menunaikan haji ataupun umrah.
Ini kerana semua umat islam di seluruh negara menunaikan ibadah tersebut dalam suatu tempoh.
Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan anda ditipu dalam pembuatan visa adalah dengan membuat visa dengan agensi yang berdaftar.
- Pakej Umrah Dari Agensi Yang Tidak Berdaftar
Anda mungkin terlihat banyak tawaran pakej-pakej umrah yang menarik di media sosial.
Untuk mengelakkan anda dari terpedaya oleh agensi-agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah.
Kesemua syarikat atau agensi pengendali umrah perlu berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU)
- Harga Pakej Yang Terlalu Murah!
Adalah penting untuk anda mengetahui harga siling bagi pakej-pakej umrah dan haji yang ditawarkan sebelum membelinya.
Sesetengah syarikat menawarkan harga pakej umrah yang tidak logik.
Harga yang terlalu rendah seperti Rm 3000 untuk setiap pakej umrah mungkin akan menarik anda untuk membelinya.
Anda boleh semak harga siling untuk pakej umrah dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) supaya tidak terpedaya dengan pakej yang terlalu murah ini.
Harap tuan-tuan dan puan-puan dapat manfaat dari perkongsian kali ini. Sila share dengan rakan-rakan ya.