Masih mencari 8 tips pakaian umrah wanita?
Benar, trend pakaian pada masa kini sudah semakin meluas. Pelbagai corak, fesyen serta reka bentuk menarik sudah mula diketengahkan bagi menarik minat para wanita masa kini termasuklah wanita muslimah.
Jika sebelum ini pakaian jubah buat wanita hanya berwarna hitam namun kini, terdapat berpuluh-puluh warna yang sudah tersedia. Warna yang dipakai pula kadang kala bergantung kepada situasi dan tempat keberadaan.
dapatkan servis ejen umrah berdaftar
Jadi jika anda bertanya kepada pasukan kami tentang tips pemilihan pakaian wanita untuk ke umrah, suka kami katakana bahawa ianya perlulah menutup aurat dengan sempurna dan tidak terlalu menarik perhatian sama ada dari segi corak, hiasan serta warnanya.
Jadi buat anda yang masih tertanya-tanya, ini adalah 8 tips pakaian umrah wanita yang perlu anda tahu dan amalkan.
Jubah yang tidak meleret
Pertama sekali, anda perlulah memilih jubah yang tidak meleret di lantai. Hal ini kerana, setiap tempat yang terletak di sana adalah sangat jauh di antara satu sama lain. Tambahan pula, kebanyakannya kawasannya juga berlumpur dan berpasir. Jadi, perjalanan di antara satu tempat ke tempat yang lain dengan keadaan jubah yang meleret akan mengotorkan jubah. Justeru, ia akan menyukarkan anda untuk menggunakan jubah yang sama untuk dibawa solat.
Pilih baju wudhu-friendly
Ciri sebegini juga adalah sangat penting kerana anda pasti mengejar masa ketika di sana. Jadi, penggunaan baju yang melekap di pergelangan tangan akan menyukarkan anda untuk mengambil wudhu’. Pilih pakaian yang bercirikan wudhu-friendly untuk memudahkan anda beribadah.
doa nabi ayyub sembuh penyakit
Perbanyakkan jubah seluar
Memandangkan kawasan di sana agak panas dan jauh, jadi pakaian yang berseluar akan memudahkan pergerakan anda. Namun, kebanyakan seluar wanita yang dijual di pasaran adalah terlalu ketat dan tidak menepati syariah pemakaian seorang wanita. Justeru, jubah berseluar mungkin merupakan solusi terbaik.
Bawa tudung sarung
Semua maklum bahawa hampir semua wanita mempunyai tudung sarung mereka tersendiri kerana cirinya yang tidak perlu digosok serta mudah dipakai. Jadi, jangan tinggalkan tudung sarung anda di Malaysia! Jangan lupa untuk bawa bersama ketika mengerjakan umrah.
Pilih pakaian tak perlu digosok
Tujuan ke sana pastinya buat menunaikan tanggungjawab kepadaNya dengan melakukan seberapa banyak ibadah yang diizinkan. Jadi, anda pasti memerlukan masa yang lama untuk mendalami setiap isi perjalanan di sana. Justeru, pilih pakaian yang tak perlu digosok bagi memastikan masa anda tidak terbuang begitu sahaja.
Pakai pakaian berkain ringan
Pilih juga pakaian yang berkain ringan untuk memastikan anda sentiasa bersemangat bergerak melakukan ibadah terutamanya ibadah tawaf. Hal ini kerana, kain yang berat akan membuatkan anda cepat penat untuk bergerak.
Pilih pakaian tidak jarang
Yang paling penting, anda perlu memilih pakaian dengan kain yang tidak jarang. Jika tidak, setiap inci tubuh anda akan diperhatikan saat berada di kawasan terang dan terik.
Pemilihan pakaian berwarna basic
Jangan lupa juga untuk memilih pakaian yang berwarna basic dan tidak menarik perhatian umum. Bayangkan jika anda memakai pakaian terang, pasti sahaja ia menarik minat sesiapa sahaja di kawasan tersebut untuk memakainya. Ini sudah melanggar niat sebenar ke sana bukan sahaja buat anda tetapi juga Jemaah lain di sana yang hanya ingin fokus kepada ibadah semata-mata.
Kesimpulannya, etika pemakaian tidak boleh diambil mudah memandangkan ianya bukan hanya menjejaskan amalan ibadah anda, tetapi setiap Jemaah yang berada di sana. Jadi, untuk mendapatkan pakej Umrah yang terbaik, boleh terus menghubungi kami atau layari laman sesawang kami di www.hejiratravel.com.