Waktu Melakukan Haji Dan Umrah

Ibadah umrah merupakan ibadah yang hampir sama dengan ibadah haji. Sebab, umrah hanya boleh dilakukan di Tanah Suci Makkah. Umrah juga memiliki perbezaan yang sangat sama dengan ibadah haji. Salah satunya boleh dilakukan bila-bila masa selagi mampu dan persediaan fizikal dan mental. Sementara untuk ibadah haji, waktu mengerjakannya tidak ditentukan dan boleh dilakukan cuma setahun sekali. Oleh kerana itu, ibadah haji selalunya memiliki jemaah yang sangat ramai dan waktu menunggu giliran sehingga 15 tahun. Tentu banyak yang memilih umrah, terutama bagi mereka yang sangat rindu ingin berkunjung ke Tanah Suci itu.

.

Tetapi, dari semua waktu yang ada, hanya ada waktu yang dianggap tepat untuk melaksanakan ibadah umrah. Waktu yang tepat untuk ibadah umrah sendiri ditentukan oleh beberapa faktor seperti keadaan cuaca dan musim di Tanah Suci Makkah. Sebelum berangkat ke tanah suci, ada baiknya memilih jadual yang terbaik untuk melaksanakan ibadah tersebut.

.

1. Awal Tahun

Beberapa orang memilih untuk menunaikan ibadah umrah pada awal tahun kerana mempunyai harapan terbaik dalam memulakan pergantian tahun baru. Hal-hal positif dan pelbagai perkara yang dimulai pada awal tahun rasa akan menjadi perkara yang baik. Selain itu, awal tahun mempunyai waktu yang terbaik di mana udara di tanah suci tidak begitu panas.

2. Akhir Tahun

Tidak hanya pada awal tahun, pada akhir tahun Masihi juga menjadi waktu yang tepat untuk memulakan ibadah Umrah. Pada waktu ini ramai jemaah yang menggunakan waktu cuti mereka untuk bercuti di luar negara. Wajar jika di waktu ini semua harga tiket naik mendadak. Sementara itu, bagi yang suka bercuti di luar negara juga dapat mencuba dengan mengunjungi tanah suci sekaligus dapat menunaikan ibadah Umrah.

3. Bulan Ramadhan

Pada bulan Ramadhan, suasana terasa lebih nikmat lebih-lebih lagi dalam urusan ibadah. Nikmati perjalanan puasa di tanah kelahiran Rasulullah SAW. Kegiatan ibadah juga semakin khusyuk dan menjadi waktu yang paling dinantikan oleh umat Islam dari seluruh dunia. Rasulullah SAW bersabda ;

“Jika Ramadhan tiba, tunaikanlah Umrah saat itu karena umrah Ramadhan bersamaan dengan ibadah haji.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Namun, untuk menunaikan Umrah ketika bulan suci memerlukan persiapan yang secukupnya. Kerana waktu yang menjadi kesukaan ramai, menjadi tempat dan waktu yang paling banyak disukai oleh para jemaah dari pelbagai negara. Harga keperluan dan pengangkutan juga meningkat  dua kali ganda pada waktu tersebut.

4. Menjelang Waktu Haji

Menjelang waktu utama dari ibadah umat Islam, ibadah haji merupakan waktu yang jatuh pada bulan Syawal hingga bulan Dzulhijah. Pada bulan ini suasana di tanah suci cukup sunyi dan lengang sehingga mempunyai banyak kesempatan untuk berdoa dan beribadah dengan lebih lama dan khusyuk. Tempat-tempat untuk melakukan perkara mustajab seperti Hijir Ismail dan Maqam Nabi Ibrahim juga boleh melakukan ibadah sunat tanpa harus beresak-esak dengan jemaah yang lain

5. Selepas Waktu Haji

Selepas melalui bulan atau waktu menunaikan ibadah haji, kota Makkah menjadi lebih tenang. Tidak ramai jemaah yang masih ada kerana ibadah haji mereka sudah selesa dan menjadi sedikit sepi. Pada waktu ini juga Masjidil Haram lebih bebas dijelajahi, dan jemaah bebas berdoa di tempat dan waktu yang mereka inginkan. Kerana tiada pengunjung dan jemaah, ia menjadi sepi, jemaah umrah juga boleh mencium Hajarul-Aswad tanpa harus berebut dengan jemaah lain.

6. Bulan Mac-Mei

Kenapa dengan bulan Mac sehingga Mei? Sebelum itu, bakal jemaah perlu tahu bahawa Arab Saudi sendiri memiliki dua musim, iaitu musim panas dan sejuk. Musim panas berlaku pada bulan Mac hingga Ogos, sedangkan musim sejuk terjadi pada bulan September hingga Februari. Pada puncak musim panas, suhu di tanah suci Makkah boleh mencapai sehingga 45 darjah, sedangkan pada musim dingin mampu mencapai minus 3 darjah. Untuk bulan Mac sampai Mei yang melalui musim panas, ramai jemaah yang kurang minat untuk menunaikan ibadah umrah kerana teriknya panas mentari.

7. Cuti Sekolah

Pada waktu cuti sekolah, ramai para jemaah yang memutuskan untuk bercuti atau berjalan bersama keluarga mereka. Cuti sekolah yang panjang boleh memuaskan perkara-perkara kesukaan anak mereka dengan bercuti.

8. Cuti Panjang

Bagi seseorang yang ingin mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT, rasanya waktu yang tidak boleh ditentukan terkadang terlihat sangat sulit. Mereka yang sibuk bekerja tentu memiliki jadual pekerjaan sendiri dan tidak salah kalau melakukan ibadah umrah tatkala cuti. Cuti juga memiliki waktu yang cukup lama dan boleh dimanfaatkan dengan mengikuti ibadah umrah yang khusyuk. Menjalankan ibadah Umrah dan haji dapat memberikan ganjaran pada masa akan datang dan Allah akan mempermudahkan urusan seseorang itu setiap masa. Ketika sibuk bekerja, kita juga harus menjalankan tugas sebagai umat Islam di muka bumi ini.

Waktu Pelaksanaan Ibadah Haji

Haji adalah perkara untuk menziarahi ke Makkah setahun sekali dengan tujuan untuk beribadah dengan syarat tertentu dengan tertib. Ibadah haji diwajibkan bagi seluruh umat Islam dewasa yang mampu melaksanakannya secara fizikal, mental dan kewangan pada waktu pelaksanaan ibadah haji yang telah ditetapkan.

Berdasarkan buku Panduan Ibadah Haji dan Umrah, ibadah haji boleh dilakukan setiap 1 tahun sekali dengan para jemaah yang berasal dari seluruh pelusuk dunia. Tidak seperti ibadah umrah, waktu pelaksanaan ibadah haji sangat terbatas, iaitu pada awal bulan Syawal sehingga Hari Raya AidilAdha pada bulan Zulhijah.

“ Waktu dalam ibadah haji ialah mula dari permulaan bulan Syawal sehingga fajar hari raya AidilAdha dan umrah boleh dilakukan pada sepanjang tahun.”

Kesimpulan 

Melakukan ibadah haji atau umrah adalah perkara yang paling disukai dan menjadi harapan para bakal jemaah dari seluruh dunia. Ada yang mampu, ada juga yang tidak mampu dari segi kewangan, fizikal dan juga mental. Bagi mereka yang kurang berkemampuan serta bercita-cita dan menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah ini sering bertungkus-lumus untuk mengumpul duit dan sentiasa berharap sekiranya mereka boleh sampai dan menjejakkan kaki di Tanah Suci itu. Bagi mereka yang berkemampuan dari semua segi, sekiranya sihat dari segi tubuh badan, fizikal dan mental, pergilah menunaikan umrah atau haji. Tidak rugi dan tidak luak wang anda sekiranya mengerjakan banyak kali. Itu dinamakan rezeki dan peluang yang anda perlu rebut untuk sampai ke sana. Berharap artikel ini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan tentang ibadah umrah dan haji bagi umat Islam di muka bumi ini.

.

.

=====

Klik Di Sini Untuk Join Telegram

Klik Di Sini Untuk Join Telegram

Klik Di Sini Untuk Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *